Friday 26 April 2013

BUKU: BUKAN SENANG TERBIT SENDIRI

ALHAMDULILLAH,


Buku Travelog UK akhirnya berada di pangkuan.
Mula-mula menulis. Macam biasalah, macam penulis lain juga.
Kemudian mencari editor. Kita perlu cari editor yang bagus.
Kita perlu cari editor yang tidak letak harga tinggi.

Projek masa hadapan, saya mencari editor yang ingin berkongsi royalti pula.
Perkara ini belum pernah dilakukan oleh orang lain, biarlah saya yang melakukannya.
Jika sekiranya tidak ada editor yang berminat, biarlah saya yang menjadi editor kepada penulis lain. Sebagai perintis.

Selepas itu saya mencari Pembaca Awal. Ia itu untuk membaca manuskrip yang telah diedit. Saya cari 10 orang. Memang ramai yang 'berminat'. Saya cuma pilih 10 orang sahaja. Akhirnya hanya enam sahaja yang memulangkan semula komen dan ulasan mereka. Saya rakamkan nama-nama mereka dalam buku.

Kemudian saya bawa manuskrip dalam bentuk softcopy (PDF) dan cover dalam format AI kepada pencetak. Pencetak ini saya sudah biasa. Harga yang ditawarkan sangat kompetitif. Tempoh selama 10 hari diperlukan untuk mencetak buku ini. Tiba hari kesebelas, saya telefon. Buku belum siap dan akan disiapkan jam 9 malam. Saya datang 9 malam, Sediakan cek baki selepas ditolak 50% deposit. Bayaran secara cek tidak diterima. Saya perlu buat bayaran secara tunai atau bank-in. Saya pilih secara bank-in menggunakan komputer yang disediakan.

Buku sudah di tangan dan sekarang, cabaran terbesar ialah bagaimana untuk menjualnya. Inilah cabaran paling besar.

No comments:

Post a Comment