Friday 26 April 2013

PROMOSI TRAVELOG UK SEMPENA PESTA BUKU ANTARABANGSA KL


Bersempena dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ini, saya jual buku Travelog UK dengan potongan harga 55%. Cuma bayar RM16 (termasuk belanja pos). Sila buat bayaran melalui akaun Maybank 562414501375 (Tomodachi Sdn Bhd). Buku akan dipos pada Isnin ini.

Terima kasih.


BUKU: BUKAN SENANG TERBIT SENDIRI

ALHAMDULILLAH,


Buku Travelog UK akhirnya berada di pangkuan.
Mula-mula menulis. Macam biasalah, macam penulis lain juga.
Kemudian mencari editor. Kita perlu cari editor yang bagus.
Kita perlu cari editor yang tidak letak harga tinggi.

Projek masa hadapan, saya mencari editor yang ingin berkongsi royalti pula.
Perkara ini belum pernah dilakukan oleh orang lain, biarlah saya yang melakukannya.
Jika sekiranya tidak ada editor yang berminat, biarlah saya yang menjadi editor kepada penulis lain. Sebagai perintis.

Selepas itu saya mencari Pembaca Awal. Ia itu untuk membaca manuskrip yang telah diedit. Saya cari 10 orang. Memang ramai yang 'berminat'. Saya cuma pilih 10 orang sahaja. Akhirnya hanya enam sahaja yang memulangkan semula komen dan ulasan mereka. Saya rakamkan nama-nama mereka dalam buku.

Kemudian saya bawa manuskrip dalam bentuk softcopy (PDF) dan cover dalam format AI kepada pencetak. Pencetak ini saya sudah biasa. Harga yang ditawarkan sangat kompetitif. Tempoh selama 10 hari diperlukan untuk mencetak buku ini. Tiba hari kesebelas, saya telefon. Buku belum siap dan akan disiapkan jam 9 malam. Saya datang 9 malam, Sediakan cek baki selepas ditolak 50% deposit. Bayaran secara cek tidak diterima. Saya perlu buat bayaran secara tunai atau bank-in. Saya pilih secara bank-in menggunakan komputer yang disediakan.

Buku sudah di tangan dan sekarang, cabaran terbesar ialah bagaimana untuk menjualnya. Inilah cabaran paling besar.

Monday 22 April 2013

TRAVELOG UK IS THE BEST

Travelog UK "The best simple book that I ever read". - Siti Rohani, Penang.

Saturday 13 April 2013

BAHASA INGGERIS : BRITISH DAN ORANG LAIN


JOHN NORAFIZAN


SAYA telah membaca novel pertama John Norafizan, "Sempadan Tanpa Seri". Latar cerita ialah di Manchester, UK. Saya sangat teruja dengan novel ini. Ia kelihatan sangat real.


Setelah masnuskrip "Travelog UK" siap, saya mencari editor. Melalui warkah Facebook, John Norafizan menawarkan diri untuk menjadi editor. Saya sangat teruja. Terus bersetuju. Manuskrip saya serahkan kepada JN melalui e-mel. Beliau usahakan manuskrip saya dan seterusnya membuat editing.

Setelah editing selesai, JN menghantar semula manuskrip yang telah siap diedit. Saya terima manuskrip dan buat bayaran yang telah dipersetujui.





Terima kasih John Norafizan.




PEMBACA AWAL

Jika PRU 13 mempunyai "Pengundi Awal", maka Travelog Jepun, buat julung-julung kalinya mempunyai "Pembaca Awal".

Seramai 10 orang pertama yang berminat secara sukarela untuk membaca dan memberi ulasan terhadap manuskrip TUK. Selepas 5 hari yang diperuntukkan, seramai 5 orang Pembaca Awal telah mengemukakan ulasan masing-masing.

Memang banyak ulasan dan cadangan yang diberikan. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka semua. Saya cuba sedaya mungkin untuk mengambil kira cadangan yang dikemukakan. Namun begitu, beberapa cadangan tidak sempat untyuk dimuatkan kerana beberapa faktor, khususnya masa.

Rupa-rupanya ramai pembaca peruf atau "pembaca awal" yang sangat berkualiti dan berkelayakan di luar sana. Moga-moga di lain ketika, mereka masih mahu bersama Tomodachi sebagai "Pembaca wal".

Terima kasih semua pembaca awal.


TUK SUDAH DIHANTAR KE PENCETAK

Manuskrip akhir Travelog UK sudah dihantar untuk dicetak pada hari semalam, Jumaat 12 April 2013.
Ia dijangka siap pada 23 April 2013.

Insyaallah siap sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur nanti.


Sunday 7 April 2013

JESS ROSARIA YAMIN

Jess Rosaria Yamin ialah pereka cover buku bagi buku-buku saya. Ia itu Travelog Jepun dan Travelog UK.

Bekerja dengan Jess mudah. Walau bagaimanapun, Jess yang tinggal di Sarawak kerap kali menghadapi masalah talian Internet yang lembab. Itu sahaja yang menyebabkan komunikasi kurang lancar. Selebihnya semua beres.


Sebenarnya saya sendiri belum pernah bersua muka dengan Jess. Ia bukanlah suatu yang pelik dalam bisnes sekarang. Saya juga belum pernah bersua muka dengan editor buku-buku saya. Begitu juga dengan pencetak. Janji kerja beres dan bayaran dilangsaikan.

Terima kasih Jess.