Wednesday 11 March 2015

UK TRIP

May 30 to June 13.


Motorhome ini muat 7 orang. Setakat ini kami ada 4 orang (1 keluarga).
Silap2 gaya, kami melencong ke Eropah.



Friday 16 August 2013

eBOOK TRAVELOG UK PERCUMA

Saya ingin hadiahkan eBook Travelog UK secara PERCUMA kepada pembaca blog ini yang membeli buku Travelog UK dengan harga RM20 (diskaun RM9) dan bayaran pos (RM6) PERCUMA.

Bagaimana ingin beli buku Travelog UK dan dapat eBook PERCUMA?

Cara mudah sahaja:

1. Bank-in duit RM20 ke akaun Maybank 562414501375 (Tomodachi Sdn Bhd).

2. E-mel bukti pembayaran kepada sales@tomodachi.my.   Sertakan juga nama, alamat penghantaran dan no. telefon.

3. Buku dan e-book akan dihantar kepada Tuan/Puan.


Terima kasih.




Monday 15 July 2013

SELAMAT BERPUASA DI UK

Salam sejahtera,

Semasa berpuasa di UK, saya sangat rindukan bazar Ramadan. Lompat tikam, buah gomok, puteri mandi dan segala kuih-kuih tradisional Melayu. Namun ia sekadar impian sahajalah. Semua itu bukannya kenyataan.

Berpuasa di UK pada waktu itu sungguh simple. Masyarakat Islam memang ramai. Ramadan ialah bulan ibadah dan bukan bulan pesta juadah seperti di Malaysia. Kuih-kuih manis hanya dijual di kedai-kedai Pakistan seperti al-Halal dan sebagainya. Itu pun kuih-kuih Pakistan yang sangat manis rasanya.

Kami bersahur di rumah. Anak-anak ke sekolah seperti biasa. Saya menjalani rutin belajar yang biasa. Isteri bekerja seperti biasa. Berbuka juga di rumah seisi keluarga. Solat terawih di surau atau masjid sangat meriah. Ramai Muslimin, Muslimat dan anak-anak turut memeriahkan suasana. Di Malaysia ada morey... tetapi di UK tidak ada. Namun kerap kali jemaah diberikan buah epal yang disedekahkan oleh masyarakat tempatan di sini. Hmmmm... jika di Malasyia tentulah pisang.

Zakat Fitrah dibayar dengan hanya memasukkan duit ke dalam tabung-tabung yang disediakan. Niat membayar fitrah dan masukkan duitnya. Tidak perlu amil.

Hari raya juga meriah. Kami masak lemang, rendang, laksam, ketupat dan banyak lagi. Solat Aidilfitri (dan juga Aidiladha) memberikan pengalaman yang sangat berbeza khususnya kepada kanak-kanak. Selepas solat, kanak-kanak diminta berbaris (barisan lelaki dan perempuan). Mereka semua menerima hadiah hari raya dari imam.

Selamat hari Raya dari Leeds, UK.


Thursday 13 June 2013

ESTIA AMY NYOPIEH

Ms. Estia Amy Lopieh ialah pegawai di INTAN, Bukit Kiara. Beliau mempunyai pengalaman buat Masters di Seatles, USA.

Wednesday 1 May 2013

SERI DIAH BERSAMA TUK

Sri Diah, seorang novelis terkenal bersama Travelog UK. Sentuhan beliau ada dalam 44 Easterly Avenue, TUK di muka 167.