Sunday 31 March 2013

44 EASTERLY AVENUE

INI lah rumah kami. 44 Easterly Avenue, Leeds. Rumah berkembar di atas bukit ini kami sewa daripada seorang rakyat Pakistan. Jiran sebelah kiri kami seorang Inggeris dan di sebelah kanan seorang India, rakyat UK.

Rumah ini barpagar tetapi tidak berkunci. Orang kata jika pagar berkunci, posmen tidak akan masuk menghantar surat. Akibatnya surat perlu dituntut di pejabat pos. Posmen di sini berjalan kaki sahaja menghantar surat dan bungkusan. Rumah kami bernombor 44 selalu disebut sebagai "for-it-or" sahaja oleh posmen dan kawan-kawan anak-anak saya tanpa membuka mulut. Itulah dialek Yorkshire yang mereka gunakan.

Pelbagai kenangan manis dan pahit kami lalui di rumah ini.

1. Di sini kami adakan rumah terbuka aidilfitri yang pertama bagi keluarga kami, sepanjang kami berkeluarga.

2. Bilik air rumah ini yang dilengkapi permaidani, habis basah kuyup bila orang dari Malaysia datang bermalam. Cara mandi kita dengan mereka adalah berbeza.

3. Saya mengalami 'writter's block' di sini dengan naik tangga, turun tangga dan hanya kadangkala hanya dapat siapkan setengah baris thesis sahaja.

4. Di rumah inilah kami bergaduh dengan tuan rumah gara-gara beliau tidak mahu tunaikan permiantaan kami.

5. Di sini juga kami tidak benarkan plumber yang enggan membuka kasut memasuki rumah kami.

dan banyak lagi kenangannya ...

No comments:

Post a Comment